Steamer ini guna elektrik atau gas?
Siri WF-GRS menggunakan gas LPG (tong gas biasa). Kami juga ada model elektrik 6 dulang dan kabinet elektrik/gas — tanya kami ikut keperluan dapur anda.
Perlu kepala gas tekanan tinggi (high pressure regulator)?
Tidak perlu — guna regulator gas biasa. Regulator tidak termasuk dalam pakej.
Perlu isi air secara manual?
Tidak. Sambungkan paip air ke steamer; air masuk sendiri sehingga paras penuh dan berhenti. Pasukan kami bantu terangkan cara pemasangan.
Boleh dapatkan sebut harga (quotation) dahulu?
Boleh — percuma. Isi borang di bawah atau WhatsApp kami. Sebut harga juga boleh disediakan untuk permohonan geran.
Berapa lama waranti?
Waranti 6 bulan untuk mesin. Khidmat selepas jualan dan alat ganti tersedia selepas tempoh waranti.
Ada penghantaran ke seluruh Malaysia?
Ya — Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui kurier kargo atau lori. Kos penghantaran dimaklumkan dalam sebut harga.
Boleh datang tengok mesin?
Boleh. Showroom & gudang kami di Kawasan Perusahaan Saga, Sungai Petani, Kedah. WhatsApp dahulu untuk temujanji.